Friday 3 January 2014

EBOOK PERCUMA:TEKNIK EFEKTIF MENCARI KERJA 2014


PROSES MENCARI PEKERJAAN
1)   Menilai Diri
2)   Meninjau Pilihan Kerjaya
3)   Tujuan /  Matlamat Sesuatu Bidang Kerjaya
4)   Persediaan Mencari Pekerjaan (Alat-Alat)
5)   Membina Dan Melaksanakan Strategi Mencari Pekerjaan
6)   Berjaya Mendapat Pekerjaan
7)   Panduan Mencari Pekerjaan
8)   Sektor Pekerjaan
9)   Persediaan Mencari Pekerjaan (Alat-Alat)








Download Percuma Hari Ini Sahaja!
KLIK LINK DIBAWAH




POSITIF = KEJAYAAN

Fikir Positif Untuk Raih Kejayaan

Hari ini saya akan berkongsi mengenai pemikiran kita adalah doa kita

Pernah dengar 
Tuhan mengikut sangkaan umatnya

Anda memerlukan pemikiran berjaya kalau mahukan kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah kegagalan, maka kegagalanlah yang anda akan perolehi .

Di antara kejayaan dan kegagalan, yang manakah menjadi pilihan anda? Semua orang mahukan kejayaan dalam hidup sama ada dari segi kedudukan mahupun kebendaan. Namun, apa yang melucukan ialah ramai orang begitu yakin bahawa diri mereka amat berharga dan layak memperoleh kejayaan. Lucu kerana pada hakikatnya mereka tidak sedemikian
.
Mereka mahu mencapai kejayaan sedangkan keliru dan hampa bahawa kejayaan sebenar yang ingin dikecapi masih jauh serta berliku jalannya. Ramai yang sekadar bercita-cita mahu berjaya, sedangkan usaha ke arah itu tidak dilakukan.

Dalam kehidupan ini, memang ada beberapa perbezaan untuk meraih kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah ‘kegagalan’, maka kegagalan yang akan diperoleh. Andainya dalam pemikiran terpahat ‘kejayaan’, maka kejayaan yang akan diraih.

Tidak syak lagi jika selama ini pemikiran anda memegang ‘kegagalan’, maka segala usaha anda juga akan berakhir dengan kegagalan.

Dengan demikian, anda memerlukan pemikiran ‘kejayaan’ jika mahu berjaya. Anda mesti berfikir secara juara jika ingin menjadi juara. Anda perlu mempunyai kepercayaan yang kuat untuk mencapai impian dunia.

Anda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar daripada orang yang berjaya sebelum anda. Tidak cukup semata-mata anda belajar daripada kesilapan sendiri saja. Dengan cara ini, perkembangan anda akan lebih lancar dan mudah.

Sebenarnya, tiada kuasa ajaib untuk menjadi orang yang berjaya. Apa yang anda ‘lihat’ dalam minda adalah apa yang anda jangkakan. Apa yang anda jangkakan pula adalah apa yang bakal anda  peroleh. 

Alat utama untuk mencipta imej baru dan merealisasikannya ialah menerusi proses yang dikenali sebagai membentuk semula. 
Ia membabitkan perubahan cara anda yang selalunya lebih efektif untuk mempersembahkan pengalaman positif serta memenuhinya daripada pengalaman negatif dan kegagalan.

Cara ini boleh membawa anda maju dalam kehidupan dan melaksanakan banyak perkara yang mungkin tidak pernah anda lakukan. Sesungguhnya orang yang enggan mengubah minda adalah orang yang degil dan mati!

Apabila anda mengubah apa yang anda fikirkan mengenai diri, hubungan, matlamat dan dunia anda, maka hidup anda juga berubah. Jika anda mengubah kualiti pemikiran anda sewajarnya, itu bermakna anda mengubah kualiti hidup anda. Kebolehan anda untuk menukar kehidupan anda bergantung pada cara anda berfikir dan berfikir secara berlainan jika anda memilih sedemikian.




Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa.

Orang yang berjaya sering melakukan apa yang mereka fikirkan sama ada mereka sedari atau tidak. Mereka mempunyai matlamat hidup yang besar dan berusaha secara progresif untuk mencapainya lalu menikmati proses yang dinamik serta seimbang.

Tunggu entri seterusnya dengan tajuk
10 Steps To Be A Champion Again!!

2014 DUNIA BARU.BLOG!

Gambar dari page saya di FB>> Print Kaler

3.1.2014
Mula!!
assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahun 2014 adalah tahun yang mencabar 

Semua barang naik!!
Semua orang bermula nak cari side income/pasif income/duit tambah2.

Blog ini akan kongsi serba sedikit ilmu dari pakar2 perniagaan tentang pelbagai jenis perniagaan dari perniagaan jenis konvensional hingga perniagaan  alaf baru iaitu zaman fb/twitter/blog dan sebgainya

Diharapkan blog ini dapat memberi pembaca ilmu,idea,ilham tentang perniagaan supaya x buang masa berniaga dgn cara yg salah/x betul/asyik rugi je

Serta dpt memberi aura positif kpd peniaga jika berasa sgt down atau tgh tension atau tgh kerugian beribu2

Jika sempat saya akan selitkan juga pelbagai bhn2 tambahan selain entri perniagaan.

Terima kasih